Welcome to my website. Thanks for coming.....

All times are GMT +0800


Recent Comments

halimatul saadiah @ TM.Net? Shaolin Soccer!
Homo sapiens @ Ai, dah lama tak menulis...
karlbum @ Cuti dah habis
azmie @ Cuti dah habis
azmie @ Aktivitiku sepanjang cuti ni
apih @ Setelah lama menghilang...
azmie @ Setelah lama menghilang...
karlbum @ Setelah lama menghilang...
karlbum @ Setelah lama menghilang...
NAJEA @ Layout baru

journal    news



Cuti dah habis

 Friday, November 19, 2004


     Hari ni aku dah nak pergi ke Johor pulak dah. Dah sebulan dah kat rumah, cuti pun dah abis la. Hari ni hari raya ke-6 kan? Tak puas hati betul, 5 hari je sempat beraya kat rumah. Banyak lagi rumah2 member yang aku tak sempat nak ziarah. Sedih gak sebab kena pergi awal, . Tapi nak buat camna, semester baru dah nak start, kena la juga pergi. Aku naik keretapi pukul 7.30 malam, ni ngan 2 kawan aku, Sepul ngan Paih.


>> by apih @ 04:33:38 pm

Make a comment


Selamat Hari Raya Aidilfitri

 Monday, November 15, 2004


     Selamat Hari Raya Aidilfitri, buat semua umat Islam. Semoga dirahmati Allah. Terlewat sikit ucap sebab tak dapat masuk Internet langsung semalam. Bila dail je, keluar le tulisan yang mengatakan line sibuk...  Hari ni aku cuba lagi, dan syukur Alhamdulillah, dapat jugak masuk Internet, . Macam mana dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ni? Meriah ke? Semoga Hari Raya kali ini penuh makna. Sambutlah dengan berpada-pada, kerana Hari Raya menandakan kemenangan umat Islam menentang hawa nafsu sepanjang bulan Ramadhan, walaupun mungkin juga ada yang tewas... Akhir kata, aku ingin memohon maaf daripada semua orang terutamanya rakan-rakan blog/jurnal dan pengunjung ke site aku ni.

 

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.


>> by apih @ 10:30:10 pm

Make a comment


Aktivitiku sepanjang cuti ni

 Monday, November 08, 2004


     Arghhh, dah masuk bulan November rupanya, dah hampir 2 minggu rupanya dari entri terakhir aku, yang dalam bulan Oktober. Malas gila nak menulis, mungkin sebab tak ada apa yang nak ditulis sebab tak ada apa-apa yang menarik sepanjang cuti aku ni, ditambah lagi dengan bulan Ramadhan, nak pergi jalan2 pun malas, ditambah lagi ngan musim hujan. Sepanjang aku cuti ni, aku asyik main game jer, takde kerja lain, main game je memanjang. Selain tu, tido la, . Game apa yang aku main? Aku sebenarnya dah pergi pinjam DVD game dari member aku, dua DVD, iaitu Star Wars - Knight of the Old Republic dan Neverwinter Nights. Dua2 game jenis RPG, dan aku sebenarnya tak minat sangat game RPG ni.

 

     Tapi bila dah cuba, alamak, best la pulak. Antara dua tu, Star Wars - Knight of the Old Republic (SWKotOR) yang paling best. Kalu nak dibandingkan dengan Neverwinter Nights, SWKotOR lagi best sebab grafik lawa, tambahan lagi senang jer aku nak faham berbanding ngan Neverwinter Nights. Lagipun SWKotOR berada dalam kategori Action-RPG, dan Neverwinter Nights pula RPG tulen. Itu aje perbezaan yang aku tahu, yang lain korang cari sendiri la... . Okay, berbalik kepada SWKotOR, aku dah habis main 3 kali dah game ni. Kali pertama aku main, ambik masa 5 hari gak nak abiskan semua quest. Masa tu, aku pilih untuk jadi watak baik. Pening gak nak abiskan game, sebab ada banyak teka-teki yang kena diselesaikan. Kalu main game RPG ni, kena banyak membaca maklumat yang kita dapat, baru dapat selesaikan quest.

 

     Bila aku check balik dalam Internet, rupanya banyak lagi sidequest yang aku tak buat. Kena jalan2 lebih sikit baru boleh jumpa. Apa lagi, main balik arr. Kali kedua aku ambik masa 3 hari jer ntuk abiskan, biasa la, dah main dah sebelum tu. Lepas tu aku main dengan guna watak jahat pula. Dalam 4 hari aku abiskan game aku yang ketiga tu. Kesimpulannya, memang puas hati le main game ni, tak sia2 aku pergi pinjam ngan member aku, . Nasib baik dia beli yang versi DVD, kalu versi CD, ada 4 keping CD, letih la masa nak install. Oh, lagi satu, kalu korang berminat nak main SWKotOR, pastikan korang download patch dia, sebab masa aku main yang asal tu banyak sangat bug, dah la gambar tersekat2, lepas tu asyik crash jer PC aku.

 

     Hari ni dah 25 Ramadhan rupanya... isk isk isk tak lama lagi bulan Ramadhan al-Mubarak dah nak pergi meninggalkan kita semua. Bulan Syawal pun dah hampir tiba. Dah nak beraya rupanya kita semua... Sape yang berminat nak beri duit raya kat aku!? Kepada kawan2 semua yang sudi meluangkan masa mengunjungi site aku ni yang takde apa benda ni , terima kasih kerana membazirkan masa anda di sini.


>> by apih @ 12:50:16 pm

Make a comment


Setelah lama menghilang...

 Wednesday, October 27, 2004


     Assalamualaikum... Aku kembali!!! Dah lama aku tak menulis di jurnal ni...  Rasa-rasa dah lebih 3 bulan dah aku tak menulis. Nape aku dah lama tak menulis ar?? Nak tahu? Sebenarnya aku sibuk dengan pelbagai hal dalam semester lepas, tu pasal la aku malas nak update. Nak kata aku sibuk study, tak gak... tapi memang aku malas gila arr nak update. Buat rakan-rakan yang datang melawat jurnal ni sepeninggalan aku, minta maaf bebanyak la sebab lama dah aku tak update.Sekarang ni aku tengah cuti antara sem, selama sebulan. Aku pun baru balik 3-4 hari, sampai kat Pasir Mas hari Sabtu lalu. Baru hari ni terasa nak update jurnal aku ni. Susah gak nak start balik, bila dah lama tinggal...

 

     Apa yang aku nak citer ek?? Dalam 3-4 hari ni, takde benda pun yang aku buat. Nak buat camna, asyik hujan je, dari pagi sampai ke petang. Terniat juga nak pergi rumah member aku, Baqir, tapi nak buat camne, tak kesampaian. Sebenarnya aku nak pinjam DVD game dia, bosan arr dok kat rumah. Sekarang ni pun tengah ulang balik game2 lama. Kalu tak pun, main Minesweeper je. Selain tu, aku ada pergi gak rumah sepupu aku, Karlbum. Sesaja melawat dia kan. Sekarang ni dia tengah download citer Stargate SG-1, dari musim 1 sampai ke musim braper ntah, aku pun dah tak ingat. Aku ingat nak pinjam Initial-D Stage 2, tapi dia tak bagi... Kedekutnya! Orang nak pinjam je, bukan nak jual, .

 

     Selain tu, Karlbum tunjuk kat aku anime Gundam Seed Destiny, siri baru Gundam Seed. Siapa dah tengok Gundam Seed yang asal? Gundam Seed yang asal memang best gila, dan yang baru ni lagi best. Dia baru ada 2 episod, tapi, fuh, 2 episod tu penuh ngan aksi pertempuran antara robot2 Gundam. Dalam Gundam Seed asal, hero dia ialah Kira Yamato. Kali ni hero baru plak, Shinn Asuka. Aku memang minat tengok citer ni, sebab masa lawan memang penuh semangat arr, muzik background pun kena ngan mood masa tengah lawan. Selain tu, kualiti gambar anime ni memang lawa giler arr. Puas hati la kalu korang kumpul.

 

     Oh ya, sebelum terlupa, selamat berpuasa kepada sesiapa saja yang beragama Islam. Masuk hari ni, dah 13 hari kita berpuasa di bulan Ramadhan al-Mubarak ini. Jangan tinggal puasa ek, hehehe, .


>> by apih @ 11:03:55 pm

Make a comment


PHP 5 released!!!

 Tuesday, July 20, 2004


News from www.php.net:

The PHP team is proud to announce the final release of PHP 5!

Some of the key features of PHP 5 include:

     Just a quick post about PHP 5. It was released last week, on 13 July 2004, and looks like I am a bit late to post about it here. Well, I had downloaded the files from the site, and I'm going to try it and explore the features later, coz I'm quite busy right now. Hmm, can't wait to try the new features...


>> by Mohd. Hafizuddin M. Marzuki @ 10:58:32 pm

Make a comment


Ai, dah lama tak menulis...

 Monday, July 19, 2004


     Arghh, dah lama giler dah aku tak menulis apa-apa kat jurnal aku ni. Aku rasa dah 2 minggu dah aku tak menulis. Tak tau le apasal, tapi aku terasa diri aku ni agak sibuk je sejak kebelakangan ini. Sibuk ngan kelas, tugasan, laporan makmal dan macam-macam lagi arr. Letih betul rasanya bila diri ini sibuk dengan pelbagai kerja... Tak sempat rasanya nak menulis, tapi aku tetap akan meneruskan jurnal aku ni, .

 

     Aku demam hari tu cuma 2 hari je, nasib baik member aku ada ubat selesema, jadi tak lama le aku demam. Masa aku demam hari tu, bukan aku saja. ramai gak member2 aku yang demam jugak. Hahaha, best gak demam ramai-ramai ni, . Apa lagi yang aku nak cerita ek? Ok, aku cerita pasal stiker kenderaan UTM plak. Lebih kurang 2 minggu yang lepas, iaitu ketika aku masih dalam keadaan demam, 2 kali aku kena tahan dek pak guard pasal motor aku xde stiker UTM. Nak dapatkan stiker tu, kena la daftar motor aku dulu, baru dapat. Mujur le tak kena saman, pak guard cuma bagi nasihat bercampur amaran, supaya aku daftar motor aku.

 

     Jadi, apa lagi, lepas tu aku ajak member aku, Pok Chek, gi daftar motor aku ngan dia kat pejabat pengawal keselamatan. Kena la bayar RM 2 untuk daftar motor. Lepas tu, kat kolej pun kena daftar motor gak, jadi gi la plak pejabat kolej. Kena la pulak RM 1. Nak tengok stiker tu? Ada kat bawah tu, tengok arr. Lawa ke tak stiker tu? Sebelum ni dah 2 tahun aku bawak motor tanpa daftar, ok jer, tapi sem ni nampak gaya pak guard dah mula bergiat aktif. Jadi terpaksalah daftar, kalu tak, kena saman dek pak guard, banyak lagi duit yang melayang.

 

   

Stiker kenderaan UTM dan Kolej Perdana

 

     Oh ya, kebelakangan ni aku asyik main game je ngan roommate aku, Bibol. Aku dah set up LAN antara komputer aku ngan dia, jadi dapat la lawan game2 multiplayer ngan dia atau member2 aku yang lain. Game apa yang kitaorang main? Unreal Tournament 2003, Warcraft III, Command & Conquer: Generals dan Age of Mythology. Walaupun cuma 2 PC jer, tapi dah kira ok la, lawan game ngan member2 memang best, . Tapi... tu la, asyik main game jer, belajar pulak entah ke mana... Apa nak jadi ngan aku ni, waa!!!!


>> by apih @ 02:57:08 pm

Make a comment


To archives >


[ Generated in 0.038720 secs ]