Welcome to my website. Thanks for coming.....
All times are GMT +0800
Recent Comments
Menu
Info
This site was opened to public on April 27, 2004. This site had been visited 11798 times since that. Enjoy yourself here.
Version 1.4
My banner:
![]()
Hosted by
Links
journal
news
Cuti dah habis
Friday, November 19, 2004
Hari ni aku dah nak pergi ke Johor pulak dah. Dah
sebulan dah kat rumah, cuti pun dah abis la. Hari ni hari raya ke-6 kan? Tak
puas hati betul, 5 hari je sempat beraya kat rumah. Banyak lagi rumah2 member
yang aku tak sempat nak ziarah. Sedih gak sebab kena pergi awal,
. Tapi nak buat
camna, semester baru dah nak start, kena la juga pergi. Aku naik keretapi pukul
7.30 malam, ni ngan 2 kawan aku, Sepul ngan Paih.
>> by apih @ 04:33:38 pm
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Monday, November 15, 2004
Selamat Hari Raya Aidilfitri, buat semua umat Islam.
Semoga dirahmati Allah. Terlewat sikit ucap sebab tak dapat masuk Internet
langsung semalam. Bila dail je, keluar le tulisan yang mengatakan line sibuk...
Hari ni aku cuba lagi, dan syukur Alhamdulillah, dapat jugak masuk Internet,
. Macam mana dengan
sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ni? Meriah ke? Semoga Hari Raya kali ini
penuh makna. Sambutlah dengan berpada-pada, kerana Hari Raya menandakan
kemenangan umat Islam menentang hawa nafsu sepanjang bulan Ramadhan, walaupun
mungkin juga ada yang tewas... Akhir kata, aku ingin memohon maaf daripada semua
orang terutamanya rakan-rakan blog/jurnal dan pengunjung ke site aku ni.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.
>> by apih @ 10:30:10 pm
Aktivitiku sepanjang cuti ni
Monday, November 08, 2004
Arghhh, dah masuk bulan November rupanya, dah hampir
2 minggu rupanya dari entri terakhir aku, yang dalam bulan Oktober. Malas gila
nak menulis, mungkin sebab tak ada apa yang nak ditulis sebab tak ada apa-apa
yang menarik sepanjang cuti aku ni, ditambah lagi dengan bulan Ramadhan, nak
pergi jalan2 pun malas, ditambah lagi ngan musim hujan. Sepanjang aku cuti ni,
aku asyik main game jer, takde kerja lain, main game je memanjang. Selain tu,
tido la,
. Game
apa yang aku main? Aku sebenarnya dah pergi pinjam DVD game dari member aku, dua
DVD, iaitu Star Wars - Knight of the Old Republic dan Neverwinter
Nights. Dua2 game jenis RPG, dan aku sebenarnya tak minat sangat game RPG
ni.
Tapi bila dah cuba, alamak, best la pulak. Antara
dua tu, Star Wars - Knight of the Old Republic (SWKotOR) yang paling best. Kalu
nak dibandingkan dengan Neverwinter Nights, SWKotOR lagi best sebab grafik lawa,
tambahan lagi senang jer aku nak faham berbanding ngan Neverwinter Nights.
Lagipun SWKotOR berada dalam kategori Action-RPG, dan Neverwinter Nights pula
RPG tulen. Itu aje perbezaan yang aku tahu, yang lain korang cari sendiri la...
. Okay, berbalik
kepada SWKotOR, aku dah habis main 3 kali dah game ni. Kali pertama aku main,
ambik masa 5 hari gak nak abiskan semua quest. Masa tu, aku pilih untuk
jadi watak baik. Pening gak nak abiskan game, sebab ada banyak teka-teki yang
kena diselesaikan. Kalu main game RPG ni, kena banyak membaca maklumat yang kita
dapat, baru dapat selesaikan quest.
Bila aku check balik dalam Internet, rupanya banyak
lagi sidequest yang aku tak buat. Kena jalan2 lebih sikit baru boleh
jumpa. Apa lagi, main balik arr. Kali kedua aku ambik masa 3 hari jer ntuk
abiskan, biasa la, dah main dah sebelum tu. Lepas tu aku main dengan guna watak
jahat pula. Dalam 4 hari aku abiskan game aku yang ketiga tu. Kesimpulannya,
memang puas hati le main game ni, tak sia2 aku pergi pinjam ngan member
aku,
. Nasib baik
dia beli yang versi DVD, kalu versi CD, ada 4 keping CD, letih la masa nak
install. Oh, lagi satu, kalu korang berminat nak main SWKotOR, pastikan korang
download patch dia, sebab masa aku main yang asal tu banyak sangat bug, dah la
gambar tersekat2, lepas tu asyik crash jer PC aku.
Hari ni dah 25 Ramadhan rupanya... isk isk isk tak lama lagi bulan Ramadhan al-Mubarak dah nak pergi meninggalkan kita semua. Bulan Syawal pun dah hampir tiba. Dah nak beraya rupanya kita semua... Sape yang berminat nak beri duit raya kat aku!? Kepada kawan2 semua yang sudi meluangkan masa mengunjungi site aku ni yang takde apa benda ni , terima kasih kerana membazirkan masa anda di sini.
>> by apih @ 12:50:16 pm
Setelah lama menghilang...
Wednesday, October 27, 2004
Assalamualaikum... Aku kembali!!! Dah lama aku tak menulis di jurnal ni... Rasa-rasa dah lebih 3 bulan dah aku tak menulis. Nape aku dah lama tak menulis ar?? Nak tahu? Sebenarnya aku sibuk dengan pelbagai hal dalam semester lepas, tu pasal la aku malas nak update. Nak kata aku sibuk study, tak gak... tapi memang aku malas gila arr nak update. Buat rakan-rakan yang datang melawat jurnal ni sepeninggalan aku, minta maaf bebanyak la sebab lama dah aku tak update.Sekarang ni aku tengah cuti antara sem, selama sebulan. Aku pun baru balik 3-4 hari, sampai kat Pasir Mas hari Sabtu lalu. Baru hari ni terasa nak update jurnal aku ni. Susah gak nak start balik, bila dah lama tinggal...
Apa yang aku nak citer ek?? Dalam 3-4 hari ni, takde
benda pun yang aku buat. Nak buat camna, asyik hujan je, dari pagi sampai ke
petang. Terniat juga nak pergi rumah member aku, Baqir, tapi nak buat camne, tak
kesampaian. Sebenarnya aku nak pinjam DVD game dia, bosan arr dok kat rumah.
Sekarang ni pun tengah ulang balik game2 lama. Kalu tak pun, main Minesweeper je.
Selain tu, aku ada pergi gak rumah sepupu aku,
Karlbum. Sesaja melawat dia
kan. Sekarang ni dia tengah download citer Stargate SG-1, dari musim 1
sampai ke musim braper ntah, aku pun dah tak ingat. Aku ingat nak pinjam
Initial-D Stage 2, tapi dia tak bagi... Kedekutnya! Orang nak pinjam je, bukan nak
jual,
.
Selain tu, Karlbum tunjuk kat aku anime Gundam Seed Destiny, siri baru Gundam Seed. Siapa dah tengok Gundam Seed yang asal? Gundam Seed yang asal memang best gila, dan yang baru ni lagi best. Dia baru ada 2 episod, tapi, fuh, 2 episod tu penuh ngan aksi pertempuran antara robot2 Gundam. Dalam Gundam Seed asal, hero dia ialah Kira Yamato. Kali ni hero baru plak, Shinn Asuka. Aku memang minat tengok citer ni, sebab masa lawan memang penuh semangat arr, muzik background pun kena ngan mood masa tengah lawan. Selain tu, kualiti gambar anime ni memang lawa giler arr. Puas hati la kalu korang kumpul.
Oh ya, sebelum terlupa, selamat berpuasa kepada
sesiapa saja yang beragama Islam. Masuk hari ni, dah 13 hari kita berpuasa di
bulan Ramadhan al-Mubarak ini. Jangan tinggal puasa ek, hehehe,
.
>> by apih @ 11:03:55 pm
PHP 5 released!!!
Tuesday, July 20, 2004
News from www.php.net:
The PHP team is proud to announce the final release of PHP 5!
Some of the key features of PHP 5 include:
The Zend Engine II with a new object model and dozens of new features.
XML support has been completely redone in PHP 5, all extensions are now focused around the excellent libxml2 library (http://www.xmlsoft.org/).
A new SimpleXML extension for easily accessing and manipulating XML as PHP objects. It can also interface with the DOM extension and vice-versa.
A brand new built-in SOAP extension for interoperability with Web Services.
A new MySQL extension named MySQLi for developers using MySQL 4.1 and later. This new extension includes an object-oriented interface in addition to a traditional interface; as well as support for many of MySQL's new features, such as prepared statements.
SQLite has been bundled with PHP. For more information on SQLite, please visit their website.
Streams have been greatly improved, including the ability to access low-level socket operations on streams.
And lots more...
Just a quick post about PHP 5. It was released last week, on 13 July 2004, and looks like I am a bit late to post about it here. Well, I had downloaded the files from the site, and I'm going to try it and explore the features later, coz I'm quite busy right now. Hmm, can't wait to try the new features...
>> by Mohd. Hafizuddin M. Marzuki @ 10:58:32 pm
Ai, dah lama tak menulis...
Monday, July 19, 2004
Arghh, dah lama giler dah aku tak menulis apa-apa kat
jurnal aku ni.
Aku rasa dah 2 minggu dah aku tak menulis. Tak tau le apasal, tapi aku
terasa diri aku ni agak sibuk je sejak kebelakangan ini. Sibuk ngan kelas, tugasan,
laporan makmal dan macam-macam lagi arr. Letih betul rasanya bila diri ini sibuk
dengan pelbagai kerja... Tak sempat rasanya nak menulis, tapi aku tetap akan
meneruskan jurnal aku ni,
.
Aku demam hari tu cuma 2 hari je, nasib baik member
aku ada ubat selesema, jadi tak lama le aku demam. Masa aku demam hari tu, bukan
aku saja. ramai gak member2 aku yang demam jugak. Hahaha, best gak demam
ramai-ramai ni,
.
Apa lagi yang aku nak cerita ek? Ok, aku cerita pasal stiker kenderaan UTM plak.
Lebih kurang 2 minggu yang lepas, iaitu ketika aku masih dalam keadaan demam, 2
kali aku kena tahan dek pak guard pasal motor aku xde stiker UTM. Nak dapatkan
stiker tu, kena la daftar motor aku dulu, baru dapat. Mujur le tak kena saman,
pak guard cuma bagi nasihat bercampur amaran, supaya aku daftar motor aku.
Jadi, apa lagi, lepas tu aku ajak member aku, Pok Chek, gi daftar motor aku ngan dia kat pejabat pengawal keselamatan. Kena la bayar RM 2 untuk daftar motor. Lepas tu, kat kolej pun kena daftar motor gak, jadi gi la plak pejabat kolej. Kena la pulak RM 1. Nak tengok stiker tu? Ada kat bawah tu, tengok arr. Lawa ke tak stiker tu? Sebelum ni dah 2 tahun aku bawak motor tanpa daftar, ok jer, tapi sem ni nampak gaya pak guard dah mula bergiat aktif. Jadi terpaksalah daftar, kalu tak, kena saman dek pak guard, banyak lagi duit yang melayang.

Stiker kenderaan UTM dan Kolej Perdana
Oh ya, kebelakangan ni aku asyik main game je ngan
roommate aku, Bibol. Aku dah set up LAN antara komputer aku ngan dia, jadi dapat la
lawan game2 multiplayer ngan dia atau member2 aku yang lain. Game apa yang
kitaorang main? Unreal Tournament 2003, Warcraft III, Command & Conquer:
Generals dan Age of Mythology. Walaupun cuma 2 PC jer, tapi dah kira ok la,
lawan game ngan member2 memang best,
. Tapi... tu la,
asyik main game jer, belajar pulak entah ke mana... Apa nak jadi ngan aku ni,
waa!!!!
>> by apih @ 02:57:08 pm
[ Generated in 0.029414 secs ]
Homo sapiens @ Ai, dah lama tak menulis...
karlbum @ Cuti dah habis
azmie @ Cuti dah habis
azmie @ Aktivitiku sepanjang cuti ni
apih @ Setelah lama menghilang...
azmie @ Setelah lama menghilang...
karlbum @ Setelah lama menghilang...
karlbum @ Setelah lama menghilang...
NAJEA @ Layout baru